fbpx

Konsert Taylor Swift ditambah jadi 6 hari di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taylor Swift

PETALING JAYA – Konsert jelajah The Eras Tour, Taylor Swift di Singapura ditambah tiga hari lagi dari 7 hingga 9 Mac tahun depan.

Ini menjadikan persembahan penyanyi dan pemenang Grammy itu akan diadakan selama enam hari, sama seperti konsert Coldplay yang dijadual berlangsung di Singapura pada Januari 2024 depan.

Sebelum ini, bintang antarabangsa itu dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional, Singapura pada 2, 3 dan 4 Mac 2024 dengan lebih 200,000 peminat dijangka hadir.

Singapura menjadi satu-satunya lokasi konsert di Asia Tenggara, dan perhentian kedua di Asia selepas Tokyo, Jepun bagi kongsert jelajah itu.

Harga tiket konsert jelajah The Eras Tour bermula dari RM372 dengan prajualan tiket konsert bermula 5 Julai ini.

Menurut laporan TIME, syarikat hiburan yang menguruskan konsert di Singapura, IMC Group Asia berkata, Singapura terbukti sebagai lokasi yang ideal untuk persembahan artis.

Faktor tersebut dipengaruhi oleh kemudahan hospitaliti yang baik seperti hotel, makanan dan pengangkutan, selain salah satu lagi pertimbangan utama adalah kemudahan mendapatkan permit kerja dan visa untuk pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI