fbpx

KKM perlu gubal akta platform klinik maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boi Saidi (kanan), dan Setiausaha Perdim, Dr. Abdol Rashid Masrom (tengah), pada sidang akhbar isu-isu semasa kesihatan di Malaysia, di Ampang. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

AMPANG – Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim) menggesa agar kerajaan mewujudkan peraturan khas untuk memperluaskan perkhidmatan kesihatan secara maya.

Presidennya, Dr. Boisaidi Abdul Razak berkata, pelaksanaan platform klinik maya perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal pengeluaran preskripsi oleh seorang doktor supaya tidak disalah guna untuk tujuan perniagaan.

“Sebagai contoh, tidak munasabah untuk seorang doktor mengeluarkan 1,000 preskripsi sehari menggunakan platfrom maya.

“Konsultasi maya juga tidak ideal dalam pengendalian pesakit. Contoh ketara ialah doktor akan mudah terlepas pandang tanda-tanda fizikal,” katanya ketika sidang akhbar Perdim, di sini hari ini.

Boisaidi berkata, pihaknya hanya bersetuju untuk melakukan prosedur menyemak keputusan darah sahaja sekiranya tiada akta dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kemudahan klinik maya berkenaan.

“Untuk merawat pesakit seperti hipertension diabetic, sebagai seorang doktor, pertama perlu mewawancara, kedua melakukan pemeriksaan fizikal dan ketiga pemeriksaan darah. Diagnosis dan rawatan dapat dibuat sekiranya tiga komponen tersebut dilakukan.

“SOP itu juga penting kerana kita tidak mahu ada doktor yang salah merawat pesakit dan akhirnya memberi komplikasi kepada pesakit,” jelasnya.

Katanya lagi, platform maya tanpa peraturan juga dikhuatiri menyebabkan wujudnya doktor-doktor palsu.

“Kita mahu ada SOP, langkah-langkah untuk mencegah berlakunya salah laku doktor di platform itu. Supaya individu yang menerima pesakit itu benar-benar doktor supaya tidak memburukkan lagi keadaan pesakit,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI