PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berlaku di beberapa kawasan sekitar Perak serta Selangor, pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga ke pukul 11 pagi nanti.
Katanya, antara kawasan yang terlibat di negeri Perak adalah Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Sementara itu, di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang. – KOSMO! ONLINE