fbpx

Froome kempunan aksi TdF 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FROOME tidak dipilih oleh Premier Tech untuk bersaing pada saingan TdF musim ini kerana prestasinya belum mencapai tahap terbaik. - AFP

LONDON – Juara empat kali Tour de France (TdF), Chris Froome diketepikan untuk menyertai pasukan Premier Tech menjelang perlumbaan berprestij di dunia tersebut bulan depan meskipun pelumba dari Britain mengakui sudah bersedia untuk memulakan kayuhan.

Pasukan Premier Tech menegaskan mereka hanya memilih lapan pelumba yang terbaik yang mampu memenuhi objektif prestasi mereka menjelang saingan paling berprestij TdF tersebut.

Justeru, pasukan itu memilih, Guillaume Boivin, Simon Clarke, Hugo Houle, Krists Neilands, Nick Schultz, Corbin Strong, Dylan Teuns dan Michael Woods yang akan membuat kayuhan TdF pada 1 Julai nanti bermula di Bilbao, Sepanyol.

“Kami akui satu keputusan yang sukar untuk memilih pasukan TdF tahun ini. Kami merasakan, pasukan telah memilih lapan pelumba yang paling sesuai untuk memenuhi objektif prestasi kami.

“Hakikat satu keputusan sukar untuk dibuat apabila melihat senarai panjang . Malangnya kami tidak dapat memilih semua orang untuk menyertai kami di TdF musim ini,” kata pengurus pasukan, Kjell Carlstrom.

Dalam pada itu, Froome, 38, menghormati pendirian pasukan sekali gus bertekad untuk meneruskan latihan untuk menyertai TdF musim depan.

“Secara fizikal saya sudah bersedia, tetapi malangnya saya tidak dapat menunjukkan keupayaan penuh kerana berdepan masalah dengan basikal.

“Saya menghormati keputusan pasukan dan akan mengambil sedikit masa sebelum memberi tumpuan semula pada objektif serta kembali ke TdF pada 2024 nanti,” kata Froome.

Sebagai rekod, Froome telah memenangi tujuh Grand Tours dalam 10 tahun bersama Team Sky iaitu TdF pada 2013, 2015, 2016, 2017, Giro d’Italia pada 2018 dan Vuelta a Espana pada 2011 dan 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI