PELAKON dan penyanyi Fiza Abdul Halim baru-baru ini menarik perhatian peminatnya apabila dilihat berbelanja sakan, membeli bag berjenama mewah, Louis Vuitton.
Tapi apa yang lagi menarik perhatian pengikutnya adalah penampilan Fiza, yang seolah-olah memberi bayangan, tidak lama lagi tudung yang terletak di atas kepalanya bakal ‘melayang’.
Eh! Dah kenapa pula? Mana tidaknya, sebelum ini, elok sahaja tudungnya terletak elok dan rapi. Tapi sekarang, sikit-sikit dah mula nampak bahagian rambut. Bukan sahaja rambut, Fiza juga menayang bahagian dadanya.
Gaya yang ditampilkan Fiza itu sekali gus memancing perhatian pengikutnya dalam Instagram, apabila tindakannya itu ditegur.
Ramai yang bimbang, takut esok lusa, Fiza buka tudung. Sebab dah ramai selebriti yang sejak akhir-akhir ini, daripada elok bertudung litup, tiba-tiba kembali tayang rambut.
“Nampak rambut. Maaf kalau salah. Dulu kak Fiza pakai kemas tudung,” tegur seorang pengikutnya.
“Nampak fesyen macam tak lama lagi, terbanglah tudung tu,” kata seorang lagi pengikutnya.
Alamak! Mungkin Fiza tak perasan kot. Tapi mustahil, sebab berkali-kali juga nampak Fiza bergaya depan cermin dekat dalam kedai jenama mewah itu. Doa yang baik-baik sahajalah.
DIVA: Bahagia tengok Janna Nick selepas berkahwin. Lagi bahagia katanya sebab bangun pagi ada orang kemaskan katil.