fbpx

EPL: Mason Greenwood mula tingkatkan kecergasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD kembali meningkatkan tahap kecergasan fizikal selepas namanya dimasukkan dalam perancangan United musim depan. – AFP

MANCHESTER – Bintang muda Manchester United, Mason Greenwood bakal memperoleh peluang kedua daripada pihak pengurusan dan juga pemain utama kelab itu.

United dikatakan memberikan sokongan penuh kepada Greenwood untuk mengembalikan tahap fizikal dan mental selepas dia dilihat menjalani latihan buat kali pertama di sebuah padang awam.

The Red Devils jua dilaporkan sedang merancang untuk membuat sidng media bagi memberikan penjelasan tentang kepulangan semula Greenwood ke pangkuan pasukan, namun belum ada keputusan muktamad dibuat.

Berdasarkan laporan media, pengendali pasukan, Erik Ten Hag dan pemain utama sudah pun bersedia untuk memberikan peluang kepada Greenwood malah laporan juga menyebut pemain itu sudah tidak sabar untuk kembali beraksi.

“Sama ada menyukainya atau tidak, Mason mahu kembali bermain bola sepak. Ini adalah perkara terbaik yang dia lakukan dan membina semula kehidupannya.

“Dia sudah pun berasa bosan untuk menunggu, dia dan pasukan dijangka akan menjawab segala persoalan,” katanya.

Januari tahun lalu, Greenwood ditangkap selepas seorang wanita mendakwa pemain itu melakukan serangan fizikal dan seksual, namun segala pertuduhan sudah pun digugurkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI