fbpx

Belia terima kredit RM200 mulai 8 pagi esok – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama pelajar ketika hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran Rakan Muda di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, hari ini.

PETALING JAYA – Golongan belia yang akan menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah diminta menggunakan dana tersebut untuk tujuan yang baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kredit sebanyak RM200 itu akan diterima oleh belia berumur 18 hingga 20 tahun bermula pukul 8 pagi esok.

“Berita baik kepada anak muda, mulai pukul 8 pagi esok seperti saya janjikan akan dimasukkan dana RM200 setiap seorang. Gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Rakan Muda di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin, 26 Jun 2023, pukul 8 pagi.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan dipetik berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos depan.

MoF berkata, golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

“Kredit eBelia Rahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan boleh dibelanjakan secara ‘offline’ hingga 31 Ogos 2023,” kata MoF. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI