fbpx

Bayern mahu selamatkan karier Phillips

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPS gagal mendapatkan minit permainan yang banyak bersama City menyebabkan dia dikaitkan dengan perpindahan pada jendela kali ini. - AFP

MUNICH – Pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips dilaporkan menjadi sasaran utama Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas bagi memperkasakan pasukan menjelang saingan musim baharu nanti.

Meskipun baru menyertai City tahun lalu dengan yuran perpindahan £42 juta (RM247.75 juta), namun masa depannya di Etihad dikatakan agak samar apabila tidak mendapat banyak minit permainan.

Justeru, Bayern difahamkan sedia untuk menggunakan kelebihan hubungan baik yang dimiliki dengan agensi Phillips, CAA Stellar bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England itu.

Walaupun City memenangi gelaran trebel musim ini, namun Phillips dianggap bukan penyumbang terbesar kejayaan pasukan itu apabila dia hanya diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak dua kali.

Dalam pada itu, usaha City bagi mendapatkan pemain tengah West Ham United, Declan Rice turut menguatkan lagi spekulasi bahawa Phillips perlu meninggalkan pasukan tersebut bagi mendapatkan peluang bermain lebih kerap.

Bekas pemain Leeds United itu pasti terdesak untuk mendapatkan lebih minit permainan menjelang saingan musim baharu 2023/24 bagi memastikan tempat dalam skuad The Three Lions bagi menghadapi Euro 2024.

Bagaimanapun, Bayern sedia untuk mengalihkan sasaran ke arah pemain PSV Eindhoven, Ibrahim Sangare sekiranya usaha mereka bagi mendapatkan khidmat Phillips menemui jalan buntu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI