fbpx

Bagnaia pamer dominasi di Assen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terus menjarakkan kedudukan dalam carta Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas memenangi Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen.

ASSEN – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas memenangi Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen sebentar tadi.

Bermula di petak kedua, pelumba Itali itu yang juga juara dunia tidak menunggu lama untuk memimpin perlumbaan apabila memintas Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM seawal pusingan ketiga.

Sebaik berada di hadapan, Bagnaia langsung tidak menoleh ke belakang dan meneruskan penguasaan meskipun Binder dan pelumba Mooney VR46, Marco Bezzecchi cuba mengejar dan mencabar kedudukannya.

“Satu perlumbaan yang cukup menakjubkan dan bukan mudah kerana pelumba-pelumba di belakang tidak berputus asa untuk mengejar sejak dari awal perlumbaan, jadi saya cuba untuk jarakkan diri.

“Apa yang penting adalah saya berjaya menguruskan perlumbaan dengan baik selain memastikan jentera mengekalkan kelajuan. Saya sangat gemarkan Litar Assen serta suasana di sini,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Mengiringi Bagnaia di podium adalah Bezzechi yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua, diikuti pelumba Aprilia, Aleix Espargaro selepas kedudukan ketiga Binder dibatalkan kerana jentera terkeluar dari trek.

Menerusi kemenangan itu, Bagnaia terus mendahului carta kejuaraan dunia dengan mengumpul 194 mata, sekali gus memiliki kelebihan 35 mata ke atas pencabar terdekat dari pasukan Pramac Racing, Jorge Martin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI