fbpx

Anggota TUDM maut, 2 jurulatih parah ketika latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEMAS – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Sumber berkata, kejadian membabitkan dua jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pengkalan Udara Sendayan (Instar).

“Mangsa yang maut adalah penuntut manakala dua jurulatih yang cedera dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, TUDM dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI