fbpx

300 ekor ayam harga RM1 habis dijual dalam 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD RASUL (tiga kiri) bersama Pegawai Daerah Maran, Datuk Sharuddin Jali (empat dari kiri) dan Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin (lima dari kiri) menunjukkan ayam yang dijual dengan harga RM1 seekor di BS Freshmart Jengka di Maran hari ini.

MARAN – Sebanyak 300 ekor ayam habis dijual dalam masa 10 minit menerusi inisiatif yang dilakukan BS Freshmart Jengka yang menawarkan ayam dengan harga RM1 seekor.

Seorang pembeli Abdul Latif Umar,62, berkata, dia menunggu dari awal pagi apabila mengetahui ayam dilelong RM1 hari ini.

“Saya datang awal hari ini selepas mengetahui BS Freshmart menawarkan harga murah sempena pembukaan cawangannya hari ini dan sempena jualan Rahmah.

“Apabila pasaraya buka saya terus ke tempat jualan ayam dan dapat membeli seekor ayam dengan berat lebih sekilogram dengan hanya harga RM1,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya inisiatif dilakukan oleh BS Freshmart itu amat bertepatan dalam membantu meringankan beban pengguna yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, dia berharap pihak pasaraya berkenaan dapat terus melakukan jualan berkenaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Pengarah BS Freshmart, Mohammad Rasul Razuan berkata, sebanyak 1,500 ekor ayam disediakan hari ini untuk jualan murah ayam RM1 seekor di enam cawangan Freshmart.

Katanya, sambutan diterima amat memberangsangkan termasuklah di BS Freshmart Jengka yang dapat menjual 300 ekor ayam dalam masa 10 minit.

“Jualan akan diteruskan lagi esok dengan 300 ekor lagi bagi membantu meringankan beban masyarakat dan menyahut seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

“Hari ini cawangan terlibat dengan jualan ayam RM1 ini ialah di Jengka, Jerantut, Pekan, Kuala Rompin, Lipis dan Mersing, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI