fbpx

Subahan yakin kemampuan skuad remaja lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyempurnakan pelancaran logo rasmi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 diiringi Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. - FACEBOOK HOKITA

PUTRAJAYA – Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan dijangka berdepan cabaran sukar menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur 5 hingga 16 Disember depan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kesemua 16 pasukan bertanding adalah yang terbaik di dunia dan Malaysia perlu menampilkan aksi berkualiti selaku tuan rumah.

“Undian dibuat oleh FIH (Persekutan Hoki Antarabangsa) dan kita terpaksa menerima hakikat kerana untuk bermain di Piala Dunia (remaja), tidak boleh cakap kumpulan mudah dan sukar. Semua pasukan adalah kuat, jadi kita perlu berikan yang terbaik.

“InsyaAllah, saya yakin dengan pasukan yang ada dan mereka akan berikan tentangan yang baik, mungkin kita akan buat beberapa kejutan dan mara ke pusingan kedua,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo Rasmi Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 hari ini.

Menyempurnakan majlis penuh bermakna itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan disaksikan Subahan serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Sementara itu, Hannah turut menyuarakan hasrat supaya pelajar-pelajar sekolah turut terbabit dalam kejohanan tersebut bagi memberi peluang kepada mereka menyaksikan sendiri kelibat pemain-pemain bertaraf dunia.

“Saya mengharapkan ada banyak lagi aktiviti sampingan semasa penganjuran kejohanan itu nanti. Seperti saya cakap, kita perlu libatkan murid sekolah untuk mereka melihat sendiri Piala Dunia untuk hoki.

“Biasanya mereka melihat Piala Dunia bagi bola sepak tetapi apabila mereka ada peluang menonton, mungkin rasa minat itu akan wujud untuk mereka belajar bermain hoki,” katanya.

Pada kejohanan itu nanti, pasukan negara dijangka berdepan laluan sukar apabila diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Argentina, Australia dan Chile.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada 2009 ketika menjadi penganjur bersama Singapura dengan menyaksikan pasukan negara menamatkan saingan di kedudukan ke-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI