fbpx

PRN: KKD pastikan capaian internet di pusat penamaan baik, memuaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) bertemu peserta kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna selepas Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Wawa, Jalan Kelochor, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan capaian internet di pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti berada dalam keadaan baik sepanjang proses tersebut.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat penelitian segera terhadap masalah capaian internet di pusat-pusat yang terlibat nanti.

“Buat masa ini, KKD masih belum mempunyai senarai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi. Kita sedang menunggu senarai berkenaan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Selepas ini, kita akan pastikan SKMM meneliti capaian internet di kawasan berkenaan supaya berada pada tahap yang baik dan memuaskan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Wawa, Jalan Kelochor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, usaha dalam menyelesaikan masalah capaian internet merupakan antara tugas dan fungsi Komuniti Madani.

“Mereka akan turun padang bagi mengenal pasti lokasi yang bermasalah dalam aspek internet sebelum memberi laporan segera kepada pihak terbabit.

“Selain itu, dua buah syarikat telekomunikasi semalam telah mengumumkan untuk menjalinkan kerjasama bagi mengatasi masalah ‘drop call’ dan beberapa masalah lain. Ini merupakan antara usaha untuk menyelesaikan masalah telekomunikasi secara lebih menyeluruh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI