fbpx

Pogacar sedia tawan TdF 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR pulih sepenuhnya kecederaan patah pergelangan tangan dan bersedia untuk memburu gelaran ketiga TdF. - AFP

PARIS – Bintang berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar mengakui kemalangan yang menimpanya sewaktu beraksi di Liege-Bastogne-Liege Classic adalah peluang untuknya berehat bagi melakukan persiapan menghadapi Tour de France (TdF) pada bulan depan.

Pelumba berusia 24 tahun itu terbabit dengan ‘rempuhan gila’ sewaktu perlumbaan Liege-Bastogne-Liege Classic sekali gus menyebabkan pergelangan tangannya patah dan perlu berehat kira-kira enam minggu.

Waktu rehat yang panjang membolehkan Pogacar memastikan badannya dalam keadaan baik untuk memburu kemenangan gelaran ketiga pada siri jelajah bertaraf Grand Tour pada Tour de France (TdF) nanti.

“Saya sudah kembali menjalani latihan di jalan raya sejak beberapa minggu lalu. Sebenarnya saya menganggap kemalangan tersebut berlaku pada masa yang tepat.

“Sememangnya saya tidak mahu terlibat kemalangan seperti itu, tetapi ia memberikan saya tempoh rehat yang lebih panjang dan memastikan badan saya bersedia untuk beraksi di TdF nanti,” kata pelumba UAE Team Emirates tersebut.

Dalam pada itu, Pogacar turut mengakui pergelangan tangannya semakin pulih dan bersedia kembali menyertai pasukannya untuk menjalani persiapan secara menyeluruh menjelang TdF nanti.

“Saya menjalani latihan biasa dan pergelangan tangan saya benar-benar baik secara keseluruhannya. Saya akui tidak sabar untuk bersama pasukan kerana kami mempunyai pasukan yang hebat.

“Tetapi, saya yakin saingan di TdF bukan mudah kerana akan berdepan pesaing yang lebih mencabar. Jadi, saingan 2023 ini tidak akan mudah, kami akan cuba memberikan yang baik,” kata Pogacar.

Pogacar telah memenangi Tour de France pada 2020 dan 2021 tetapi impiannya untuk melengkapkan hatrik tidak kesampaian selepas dinafikan Dane Jonas Vingegaard tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI