fbpx

PM beri bayangan PRN diadakan pada Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar terbaik SPM DUN Nilai pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Setempat di Desa Cempaka, Nilai di Seremban hari ini.-ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

SEREMBAN – Perdana Menteri hari ini memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri buah negeri akan diadakan pada bulan Ogos.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan itu mesti diadakan selewat-lewatnya pada bulan tersebut.

“Saya minta kerjasama kawan-kawan bagi sokongan kerana negeri ini akan adakan pilihan raya, Ogos mesti ada pilihan raya.

Kalau mahu orang percaya dengan negeri ini, semua kaum dapaat dijaga, kena kerja supaya jaga kerajaan Pakatan Harapan dan BN dan Kerajaan Perpaduan,” katanya sewaktu berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Setempat di Desa Cempaka, Nilai di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI