fbpx

Paramotor terhempas di Pantai Irama baru lepas dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa diberikan bantuan pernafasan selepas lemas di Pantai Irama, Bachok petang tadi. - Foto ihsan APM

BACHOK – Luncur udara (paramotor) yang terhempas di Pantai Irama di sini sehingga menyebabkan kematian warga emas dipercayai baru sahaja dibaiki sebelum dibawa untuk ujian penerbangan di pantai tersebut semalam.

Saksi kejadian yang juga beach boy, Mohd. Shazarin Che Mazlan, 31, berkata, sebelum ini, pengendali paramotor berusia 77 tahun tersebut kerap datang ke pantai berkenaan untuk bermain sukan itu.

Difahamkan, warga emas itu baru sahaja membaiki kipas paramotor sebelum datang ke Pantai Irama untuk mencuba peralatan tersebut.

“Perjalanan paramotor itu di udara pada awalnya lancar sebelum terhempas dalam laut kira-kira 20 minit kemudian.

“Saya yang berada di lokasi terus mengemudi jet ski untuk membantu dua warga emas itu. Mangsa yang berusia 62 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala pengendali paramotor sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama hari ini.

Mohd. Shazarin memberitahu, pengendali paramotor itu bukan individu asing bagi penduduk di Pantai Irama kerana dia kerap dilihat bermain paramotor di kawasan tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan dua lelaki warga emas bermain paramotor berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Dalam kejadian pukul 6.41 petang itu, Mustaffa Isa, 62, yang merupakan bekas penghulu di Mukim Seribong, Kota Bharu maut selepas luncur udara dikemudi rakannya berusia 77 tahun terhempas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI