fbpx

Orang ramai sanggup beratur panjang beli kasut, beg tangan harga runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video orang ramai menyerbu jualan khas oleh jenama terkemuka kasut dan beg tangan wanita di Malaysia.

PETALING JAYA – Orang ramai sanggup berpayung beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan barangan seperti kasut dan beg tangan dengan harga potongan selepas sebuah jenama terkemuka di Malaysia melaksanakan jualan khas bermula semalam hingga esok.

Berdasarkan video-video dimuat naik pengguna TikTok, ada daripada mereka tiba seawal pukul 6 pagi di bangunan yang menjadi lokasi jenama tersebut mengadakan jualan khas itu di Petaling Jaya.

Selain itu, ada juga yang menceritakan tidak jadi membeli dan mahu membuat tempahan kepada pembeli peribadi (personal shopper) memandangkan tidak sanggup beratur panjang berebut mendapatkan barangan idaman.

Selain berpanas, berhujan serta perlu beratur panjang, mereka juga menceritakan sukar mendapatkan tempat letak kereta menyebabkan ada yang membatalkan niat membeli barangan di tempat tersebut.

“Dari 10 pagi ke 5 petang, dari kering sampai basah, dari basah sampai lencun. Sekali seumur hidup saja buat kerja gila ni,” kata pengguna TikTok umievogue menceritakan pengalamannya ke tempat tersebut semalam.

“Kalau kau orang sanggup, silalah dengan penuh sabar. Walaupun datang pukul 7 pagi pun, yang depan-depan dah ‘tapaw’ habis. PS (personal shopper) pun ada lagi eh, kan dah ada yang hari PS minggu lepas,” rungut pengguna TikTok faelovavaa.

“Saya beratur 6 pagi, masuk 9 pagi keluar 10 pagi sebab giliran bayar lama, alhamdulillah. Keluar-keluar terkejut tengok panjang sebegitu,” komen shameensabriena.

“Dah lalu tak sangguplah nak beratur. Baik order PS, sesak nak parking pun dah sejam. Memang saya ‘respect’ lah dgn PS semua. Petaling Jaya hari ini (semalam) mendung saja nak hujan,” ujar SeeTee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI