fbpx

Onar ‘gempar’ 5 hos popular dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIA, Rock dan Najip antara pengacara yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu.

BARU-BARU ini, penyanyi yang kini bergelar pengacara popular, Elly Mazlein menuai kritikan netizen gara-gara melakukan aksi yang dianggap kurang sopan dan keterlaluan.

Menerusi video yang tular dalam media sosial, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom berguling guling, berbaring dan meniarap di atas lantai, kononnya tersingkir daripada program realiti, Big Stage musim kelima.

Tindakan Elly mengundang kecaman dan ramai orang aksinya agak berlebih-lebihan.

Sebagai wanita berstatus isteri dan juga ibu kepada dua orang cahaya mata, ramai menasihatkan agar dia menjaga tingkah laku terutama ketika berada di depan khalayak umum.

Gara-gara onar yang tular disaksikan jutaan netizen, namanya sebagai salah seorang pengacara popular tanah air sedikit tercalar sehingga mengundang pelbagai persepsi buruk masyarakat.

Gala minggu ini merangkumkan lima pengacara terkenal yang pernah mencetuskan kontroversi akibat keterlanjuran kata dan perbuatan sehingga menerima hentaman daripada masyarakat dan peminat global.

Chris Rock

GARA-GARA bermulut celupar, pelawak dan pengacara Chris Rock telah ditampar aktor, Will Smith semasa acara Academy Awards pada tahun lalu.

CHRIS ROCK

Rock ditampar akibat berjenaka tentang isteri Smith, Jada Pinkett Smith.

Pelawak berusia 58 tahun itu menyamakan rambut rata Jada dengan penampilan Demi Moore dalam G.I. Jane dan mencadangkan wanita itu berlakon dalam sekuel filem tersebut.

Berang apabila isterinya dijadikan bahan jenaka, Smith meluru naik pentas dan menamparnya.

Insiden tersebut mengejutkan peminat global memandangkan sedang disiarkan secara langsng di seluruh dunia.

Najip Ali

PENGACARA terkenal asal Singapura, Najip Ali terpalit kontroversi apabila dikatakan mempersendakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

NAJIP ALI

Insiden tersebut terjadi semasa Najip terlibat dalam program OK Chope! yang disiarkan di negara seberang tambak itu pada 2017.

Pada waktu sama, Najip turut menjadi juri tetap untuk program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017).

Akibat keterlanjurannya, pihak penyiar MLM2017, Astro mengambil keputusan menggantikan kerusi pengacara itu dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap.

Nia Ramadhani

PELAKON terkenal Indonesia, Nia Ramadhani pernah dikritik netizen saat mengendalikan malam anugerah TikTok Awards pada 2021 yang disiarkan secara langsung dalam televisyen.

NIA RAMADHANI

Dalam acara tersebut, Nia bergandingan dengan rakan pengacara, Rafii Ahmad.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan netizen, Nia dihentam hebat dan dikatakan tidak layak menjadi pengacara kerana kelihatan kaku.

Cara penyampaiannya juga membosankan, sekali gus mengakibatkan perjalanan acara anugerah tersebut ‘mati’.

Nia ketika mempertahankan dirinya berkata, dia tidak dapat membaca tulisan pada layar ‘prompter’ dengan jelas.

Selain itu, dia turut mengakui tidak pandai untuk mengacarakan sebuah program berbentuk formal.

Steve Harvey

PENGACARA popular asal Amerika Syarikat, Steve Harvey mengundang kontroversi saat mengacarakan
pertandingan akhir, Miss Universe pada 2015.

STEVE HARVEY

Saat mengumumkan nama pemenang, Harvey dengan yakin mengumumkan wakil dari Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai juara, menjadikan peserta dari Filipina, Pia Alonzo mendapat tempat kedua.

Namun, hanya selepas beberapa saat tiara kemenangan dimahkotakan di kepala pemenang, Harvey muncul semula di atas pentas dan menyatakan permohonan maaf kerana tersalah membuat pengumuman juara yang sepatutnya menjadi milik Filipina.

Alasan Harvey, tulisan pada kad yang tertera nama pemenang sangat mengelirukan. Ekoran kejadian tersebut, pengacara berusia 66 tahun itu telah dihentam dan dikritik hebat, terutama daripada masyarakat Colombia.

Moddam Kachapa

PENGACARA asal Thailand, Moddam mendapat kritikan daripada bukan sahaja masyarakat tempatan, bahkan juga dari seluruh dunia apabila lantang mengkritik seorang anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa.

MODDAM KACHAPA

Sewaktu penyanyi jelita asal Thailand itu melancarkan debut solonya berjudul Lalisa, Moddam mempersoalkan kredibiliti Lisa sebagai penyanyi berbakat.

Malah, tindakan Lisa mengeluarkan single solo juga dikatakan bakal meranapkan peluang penyanyi asal Thailand lain yang juga mencipta nama dalam industri muzik K-pop iaitu BamBam daripada kumpulan Got7 dan Nichkhun (2PM).

Kata-kata berbaur hinaan terhadap Lisa membawa padah apabila Moddam dikritik hebat dalam Twitter sehingga memaksanya membuat permohonan maaf

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI