fbpx

Noktahkan kemiskinan tegar tahun ini – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ NS Fest di Dataran Nilai di sini hari ini. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Isu kemiskinan tegar yang dihadapi dalam negara perlu dinoktahkan pada tahun ini dengan penglibatan semua kementerian dan agensi kerajaan dengan penekanan kepada projek sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tugas tersebut bukan hanya dipikul atau dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) sahaja sebaliknya perlu melibatkan semua kementerian serta agensi kerajaan.

“Walaupun ada agensi lain, tetapi KKDW sangat penting termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk dapatkan maklumat tepat dalam kalangan miskin tegar kerana kita mahu tahun 2023 ini, kita mesti noktahkan jumlah kemiskinan tegar termasuk di Negeri Sembilan.

“Ada yang kata ia tidak praktikal, berapa jumlah? 130,000 keluarga, sekarang ini sudah cecah 50 hingga 60 peratus yang telah masuk dan dapat jumlah yang kita rasa lepaskan mereka daripada kemiskinan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @NS fest di Dataran Nilai di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan membuat keputusan untuk tidak menurunkan kadar defisit negara dengan mendadak kerana ia boleh menjejaskan pembangunan negara termasuk di luar bandar.

“Kerajaan kini terpaksa kurangkan perbelanjaan negara daripada 5.6 peratus menjadi lima peratus, orang tanya kenapa tidak turunkan lebih lagi, kalau kita kurangkan lebih, peruntukan untuk pembangunan desa dan wilayah terpaksa dipotong, peruntukan projek sekolah terpaksa dipotong, untuk kesihatan juga terpaksa dikurangkan, saya tidak sanggup.

“Rakan-rakan dalam Jemaah Menteri kata, kita potong projek-projek mega yang tidak mendesak tetapi kita tambah projek pembangunan desa dan pendidikan dan sekolah anak-anak kita,” katanya.

Tegas Anwar, kerajaan juga tidak akan menambah hutang sedia ada berjumlah kira-kira RM1.5 trilion yang ditanggung negara ketika ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI