fbpx

Menantu bukan bibik untuk diarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI menantu menderita emosi apabila diberi layanan teruk selain hanya dianggap seperti orang gaji. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Menantu selayaknya dilayan seperti anak kandung bukannya dianggap pembantu rumah yang boleh diarah sesuka hati.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sarina Kak Tam di TikTok, wanita itu menasihati para ibu mertua untuk tidak melabel menantu sebagai pemalas, jika mereka tidak melakukan kerja rumah.

“Seorang wanita yang berkahwin bukan untuk jadi babu (pembantu rumah) keluarga lelaki.

“Kita sebagai mertua, kita tiada hak untuk bercakap menantu kita malas. Tugas-tugas dalam rumah kalau menantu balik, bukan tugas menantu,” katanya di ruangan kapsyen.

Jelasnya, adalah bonus sekiranya menantu tersebut ingin membantu dalam meringankan beban mertua dengan mengemas rumah dan memasak.

“Kalau dia hendak tolong satu bonus. Kita tak boleh paksa dan kita tak boleh marah,” katanya.

Selain itu, mertua dan suami perlu mengucapkan terima kasih kepada menantu kerana membantu meringankan beban dalam menyelesaikan kerja rumah.

Kata Sarina Kak Tam lagi, mertua juga tidak seharusnya masuk campur urusan rumah tangga anak dan menantu.

“Kita hari ini sebagai mertua, kena memberi kepercayaan. Cara dia jangan kepohchi (masuk campur hal orang lain),” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI