fbpx

Lelaki maut terjatuh dari Jambatan Darul Hana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa ke tebing sungai selepas berjaya menjumpainya menggunakan kaedah 'grapping iron'.

KUCHING – Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching, di sini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba terus membuat pencarian awal secara di permukaan air menggunakan ‘grapping iron’ dan di sepanjang tebingan sungai.

“Turut dijumpai baju berwarna merah, satu cermin mata dan sepasang selipar dipercayai milik mangsa di atas jambatan berkenaan. Mayat mangsa berjaya dijumpai pada pukul 5.51 pagi di sebelah tiang tempatnya terjatuh dan tenggelam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya namun maklumat mangsa tidak dapat diperolehi kerana tiada pengenalan diri atau tiada waris yang hadir di lokasi.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI