fbpx

Kertas siasatan berkait pegawai polis mabuk diserahkan kepada Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung insiden pegawai polis yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol serta melawan arus di Jalan Cheras, 17 Jun lalu, telah diserahkan kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya merujuk siasatan kepada Bahagian Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan itu dihantar pada minggu lalu dan kita sedang menunggu maklum balas daripada Bukit Aman.

“Pegawai perundangan akan meneliti siasatan itu sama ada perlu penambahan untuk lengkapkan lagi siasatan atau sebaliknya,” jelasnnya ketika menghadiri majlis pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pegawai polis ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk serta lawan arus di Jalan Cheras, disini, 17 Jun lalu.

Kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu berlaku apabila Unit Kereta Peronda (MPV) ternampak sebuah kereta Perodua jenis Myvi memandu secara lawan arus.

Difahamkan, lelaki tempatan berusia 35 tahun tersebut telah memandu dibawah pengaruh alkohol.

Bagaimanapun, ketika ditahan, suspek enggan memberi kerjasama dengan anggota polis dan menunjukkan isyarat jari lucah di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI