fbpx

Keguguran tiga bulan lalu, Tom kini hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi, Fuad 'membocorkan' kepada orang ramai bahawa isterinya, Tom kini hamil lagi selepas keguguran tiga bulan lalu.

PETALING JAYA – “Kata mahu rahsiakan..”

Demikian reaksi penyanyi Tom apabila suaminya, Fuad Rahman ‘membocorkan’ bahawa dirinya kini sedang hamil sebulan selepas keguguran tiga bulan lalu.

Pendedahan tersebut dibuat Fuad yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang memaklumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata ketika menghadiri sebuah majlis di Singapura, baru-baru ini.

“Dalam tiga atau empat bulan lepas, isteri saya keguguran tetapi kami buat pemeriksaan kerana Tom mempunyai alahan dua hari lepas.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan usia kandungannya sekarang sudah sebulan,” katanya.

Tom yang terkejut dengan pengumuman suaminya itu mengambil kesempatan memohon doa orang ramai untuk anak dalam kandungan selain berharap dipermudahkan urusan.

“Alang-alang suami sudah dedahkan, saya minta doakan anak dalam kandungan sihat dan dapat melahirkan dengan selamat. Amin,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram turut menyertakan tanda pagar #FuadRahmanJunior sebagai salam perkenalan kepada bayi mereka.

April lalu, Kosmo! Online melaporkan berita duka apabila Tom mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah tiga minggu.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Mereka sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2005 namun ikatan terputus pada lima tahun kemudian apabila Fuad ditahan polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Cinta mereka kembali bertaut selepas sama-sama terlibat dalam GV9 tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN