fbpx

Gagal BM, calon SPM tak pandai membaca?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PENCAPAIAN calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan 2022, yang merekodkan lonjakan daripada 88.1 peratus kepada 91.6 peratus jumlah layak mendapat sijil adalah perkara yang amat membanggakan.

Namun perit untuk ditelan apabila 8.4 peratus daripada ke­seluruhan calon yang mendu­duki SPM 2022 pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 di seluruh negara, tidak layak mendapat sijil berikutan gagal dalam subjek Bahasa Melayu (BM) atau Sejarah atau kedua-duanya.

Hal ini bukan sahaja membimbangkan malah mula menjadi norma dalam kalangan pelajar yang menganggap sijil berkenaan tiada makna dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.

Kaunselor Berdaftar dan Te­rapi Kekeluargaan, Zumasni Rajikin berkata, kegagalan lepasan SPM dalam dua subjek ber­kenaan terutama BM mungkin di­sebabkan kegagalan mereka menguasai aspek membaca, me­nulis dan mengira (3M).

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil jika ada calon SPM masih tidak pandai membaca dan mengeja.

Menurutnya, peneguhan dan penekanan kepada aspek 3M yang sering dipandang remeh hakikatnya perlu diambil berat sejak zaman sekolah rendah.

“Jika ada sikap ‘tidak me­ngapa’ kepada murid yang masih sukar menguasai 3M ini seawal darjah 1 hingga 3, perkara ini menyebabkan murid tercicir dalam pelajaran. Sukar untuk mereka memahami sesuatu subjek.

“Sikap sambil lewa terhadap penguasaan ini wujud biarpun kita mempraktikkan Bahasa Melayu di mana-mana sahaja dan sentiasa mende­ngar komunikasi bahasa ini.

“Semuanya bermula dari rumah dahulu tidak kira golongan mana ekoran penguasaan Ba­hasa Melayu adalah satu kewajiban. Terutamanya untuk lulus SPM,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Ujarnya, pihak kementerian perlu mewajibkan ujian Peni­laian Khas 3M bagi kemasukan ke tingkatan 1 agar pelajar dan ibu bapa akan menganggap fokus kepada pemahaman membaca dan mengeja adalah sangat penting di sekolah rendah.

Mengulas dakwaan kira-kira 70,000 calon tidak layak dapat sijil SPM, Zumasni berkata, an­tara punca mereka tidak berminat dengan subjek berkenaan adalah kerana malas, terpe­ngaruh dengan kawan-kawan yang sudah bekerja dan silibus terlalu berat.

Katanya, jika silibus itu terlalu berat pendekatannya terutama di sekolah rendah, ia menda­tangkan rasa bosan seterusnya kurang minat terhadap subjek tersebut akan timbul.

“Jadi, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Sokongan ibu bapa dan keluarga yang lemah boleh membantutkan keupayaan daya juang seorang pelajar untuk berusaha,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zumasni turut menasihati agar murid di tahap satu hingga tiga diberi perhatian secukupnya agar lancar dalam membaca dan mengeja.

“Beri sekeping sijil penghargaan bagi murid berjaya lancar membaca. Ini akan mendorong mereka untuk suka ke sekolah.

“Fokus juga kepada subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris semasa di tingkatan 4 dan tingkatan 5 de­ngan mempelbagaikan mutu pengajaran terutama subjek Sejarah.

“Kenal pasti juga pelajar ber­masalah semasa awal kemasukan ke tingkatan 4 dengan membantu mereka dari sudut psikologi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI