fbpx

Debaran wukuf bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH dari seluruh dunia akan berkumpul di Jabal al-Rahmah sambil berdoa menjelang hari wukuf di Arafah iaitu kemuncak kepada ibadah haji. – GAMBAR HIASAN

MEKAH – Debaran kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia sampai ke kemuncaknya apabila mereka akan menyertai hampir tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf di Arafah Selasa ini bagi menandakan bermulanya kemuncak ibadah Rukun Islam kelima itu.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Tabung Haji (TH) telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan operasi Masyair bermula Isnin hingga 1 Julai (13 Zulhijjah).

Masyair ialah kawasan bermulanya kerja ibadah haji di luar kota Mekah iaitu berwukuf di Arafah, singgah atau bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina sebelum jemaah haji kembali ke Mekah untuk tawaf, sai dan tahalul.

Menurut Syed Saleh, jemaah akan mula bergerak secara berkumpulan ke Arafah pada pukul 7 pagi Isnin ini dengan menaiki 21 buah bas. Waktu tengah malam wukuf ditetapkan pada pukul 11.45 malam dan jemaah boleh mula beransur ke Muzdalifah selepas itu.

“Bagi menjamin jemaah haji Malaysia yang sakit boleh melakukan berwukuf dan aktiviti rukun dan wajib haji, pasukan petugas perubatan Tabung Haji turut melaksanakan Safari Wukuf bagi membawa pesakit dari Pusat Rawatan Syisya ke Arafah.

“Dijangka seramai 70 pesakit akan dibawa dengan menaiki empat buah ambulans dan bas (6) yang diubah suai. Kesemua perancangan juga telah diatur di kawasan Muzdalifah dan Mina,” katanya pada sesi taklimat operasi Masyair baru-baru ini.

Selain itu tambahnya, dianggarkan 50 jemaah (25 lelaki dan 25 wanita) dipilih untuk menyertai program Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (Peneman) yang akan disantuni 50 petugas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI