fbpx

Bergelar isteri cuma beberapa minit kerana suami meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mae (kiri) menjadi isteri dalam masa kurang satu jam selepas suaminya, Davis meninggal dunia setelah rebah pada majlis perkahwinan mereka di Omaha, Isnin lalu. - Foto GoFundMe

WASHINGTON – Seorang lelaki meninggal dunia pada Isnin lalu, beberapa minit selepas dia berkahwin dalam satu majlis di Omaha, Nebraska, demikian menurut stesen televisyen KETV semalam.

Toraze Davis, 48, dan Johnnie Mae Dennis baru sahaja selesai bertukar ikrar perkawinan dan keluar untuk bergambar. 

Ketika mereka bersedia untuk sesi fotografi, Davis rebah, lapor KETV.

Pengantin lelaki dibawa ke sebuah hospital di mana dia disahkan meninggal dunia. 

Davis meninggal dunia akibat darah beku, lapor saluranberita tempatan,  KCCI-TV.

Dia meninggal dunia pada hari lahir nenek pengantin perempuan dan beberapa minggu selepas bapanya meninggal dunia. 

“Ia adalah hari paling gembira dalam hidup Davis. Saya hanya dapat melihat senyuman di wajahnya dan betapa gembiranya dia,” kata Monica Miller, rakan pasangan itu.

Akaun Go Fund Me telah disediakan untuk membayar perbelanjaan pengebumian Davis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI