fbpx

Bekas pemain kebangsaan ditahan ceroboh bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak negara ditahan reman semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan pihak polis susulan tindakannya yang menceroboh sebuah bilik hotel yang diinap oleh seorang wanita tempatan, di sini, pada petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita kira-kira pukul 6.10 petang.

Katanya, wanita terbabit menyatakan bilik hotelnya telah diceroboh oleh individu tersebut berikutan perselisihan faham antara pengadu dan individu tersebut sehingga menyebabkan pengadu meninggalkan hotel tersebut untuk menyelamatkan diri.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, kita telah berjaya menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga telah direman di Mahkamah Petaling Jaya bermula semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis manakala kes telah disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI