fbpx

Anwar teliti keperluan hospital universiti buat USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini. - SHAHJEHAN/KOSMO!

SEREMBAN – Kerajaan kini sedang meneliti kepentingan untuk mewujudkan sebuah hospital universiti buat pelajar perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seperti mana kemudahan yang dimiliki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperluan hospital universiti berkenaan merupakan salah satu daripada dua keperluan mendesak di USIM, selain membabitkan kualiti kediaman.

“Jadi, saya akan mempertimbangkan dengan kepimpinan universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menentukan sebahagiannya (keperluan) satu blok hostel dan satu lagi memukakan projek hospital universiti.

“Selalunya peringkat awal tumpang hospital awam tapi untuk membina satu hospital universiti ia keutamaan untuk latihan doktor pakar,” katanya ketika berucap dalam Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Sementara itu, Anwar turut mengulas mengenai usaha untuk memperkasakan kualiti pendidikan tingkatan enam yang dikemukan pelajar, beliau menegaskan suasana pembelajaran tingkatan enam wajar diberi ruang supaya lebih bebas dan interaktif berbanding sekolah biasa.

Jelas beliau, ia berikutan pembelajaran tingkatan enam merupakan program pasca-sekolah dan juga standing dengan pendidikan di peringkat matrikulasi serta program asasi.

“Ada yg mengeluh dan mengesyorkan supaya bawa kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya tingkatan enam itu tidak dilayan dan tidak mengikut peraturan sekolah.

“Budaya dan suasananya itu bagaimanapun , saya cenderung ke situ kerana saya pun mengikuti tingkatan enam di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI