fbpx

[VIDEO] Anak harap Shuib, ibu tiri segera timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK kedua Shuib, Talita (kiri) mengakui sangat selesa dengan peribadi ibu tiri, Watie yang pandai berlawak dan hebat di dapur.

SHAH ALAM – Bukan hanya air mata pengantin perempuan saja menitis sebaik Shuib sah bergelar suami kepada Watie, anak perempuan pelawak dan penyampai radio itu, Dzahira Talita Zahra turut menangis sebak.

Anak kedua daripada empat bersaudara itu mengakui ibu tirinya, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah seorang wanita yang baik dan pandai simpan rahsia.

Malah Watie yang dipanggil ‘mommy’ itu dianggap sebagai geng ‘sekepala’ apabila selalu memenuhi permintaannya menemani keluar makan atau bermain.

“Mommy sangat baik, selalu main dengan saya dan lagi satu dia lawak (mudah terhibur), suka ketawa,” katanya ketika ditanya tentang peribadi ahli perniagaan itu.

Anak gadis itu juga tidak menolak andai bapa dan ibu tirinya dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat. Malah, dia bersedia membantu menjaga bakal adiknya.

“Saya suka kalau dapat adik lagi. Kalau boleh ingin dua adik lelaki, sebab saya mahu jadi satu-satunya ‘princess’ (puteri),” tambah anak tunggal perempuan itu lagi.

Pada masa sama, Dzahira Talita turut menyatakan Watie hebat di dapur. Ujar Talita, dia menyukai ayam masak kicap air tangan ibu tirinya itu.

Malam tadi tepat jam 8.48, Shuib, 38, selamat bergelar suami kepada Watie.

Mereka dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dengan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Selain Dzahira Talita, rumah tangga Shuib dan bekas isteri, Allahyarham Siti Sarah diserikan Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI