fbpx

100,000 peluang kerja kemahiran tinggi sekiranya PN menang Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin ketika berucap pada konvesyen di IDCC Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan manifesto awal mereka apabila mahu mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda Selangor.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peluang pekerjaan itu termasuk dalam bidang berkemahiran tinggi dan sektor baharu.

Katanya, PN menawarkan kepimpinan tinggi dan bukan bersifat ‘flip flop’ yang sangat bahaya sebab memberikan gambaran salah kepada para pelabur atau peniaga.

“Pelabur-pelabur asing mahu dasar yang tuntas dan kami hendak mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan kepada anak muda.

“Saya tidak mahu anak muda Selangor jadi buruh. Berilah mereka kerja mahir dan jangan bergantung kepada warga asing,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya Perikatan Nasional di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, di sini, hari ini.

Jelas beliau, PN juga mahu membina rumah mampu milik agar dapat dinikmati golongan B40 khususnya berbanding hanya dilihat mereka ketika ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menjelaskan, keutuhan PN khususnya Selangor adalah padu berbanding gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional yang dikatakan sedang berlaku ‘pergaduhan’ antara mereka.

“Di sebelah sana (PH-BN) sedang bergaduh hebat dengan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Pemuda PN Pusat) menyatakan UMNO telah umumkan tidak terlibat malam ini. Tony Pua menyerang UMNO malah Ronnie Liu mohon dipecat (daripada DAP),” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI