fbpx

Zulinda Ramly dilantik wanita pertama Laksamana Pertama Maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Lizan (kiri) memakaikan pangkat kepada Zulinda yang turut disertain ibunya, Hajjah Fatimah@Hasnah Abdullah dalam satu majlis hari ini. - Foto ihsan Maritim Malaysia

PUTRAJAYA – Kepten Maritim, Zulinda Ramly dilantik sebagai wanita pertama memegang jawatan Laksamana Pertama Maritim dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Zulinda, 46, merupakan antara sembilan pegawai dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Selain memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dicapai beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas melibatkan jenayah rentas sempadan serta mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara tanah air.

“Beliau juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa pandemik Covid-19.

“Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan bekas Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum ditukar lantik ke dalam Maritim Malaysia pada 15 Oktober 2008 dan memiliki Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998,” katanya.

Selain Zulinda, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah menerima kenaikan pangkat daripada Laksamana Pertama Maritim kepada Laksamana Muda Maritim.

Beliau telah ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Di samping itu, kata kenyataan itu, Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam Shahajam juga dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim serta Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Manakala, Laksamana Pertama Maritim R. Vincent dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI