fbpx

Watikah pembubaran DUN Selangor diserah kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sue Lim ( dua kanan) menyerahkan watikah pembubaran DUN Selangor kepada Shafie hari ini. -Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 secara rasminya terbubar hari ini menerusi penyerahan watikah pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Watikah pembubaran itu diserahkan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim kepada Pengarah SPR Selangor, Shafie Taib pada Majlis Perhimpunan Bulanan Menteri Besar bersama penjawat awam Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Turut menyaksikan penyerahan watikah itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dan semua Exco kerajaan negeri.

Pembubaran itu adalah dua hari lebih awal daripada berbanding tempoh mandat DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi DUN kesemuanya akan berakhir 25 Jun ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, kerajaan negeri didominasi Pakatan Harapan dengan 51 kerusi diikuti Barisan Nasional (4) dan Pas (1). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI