fbpx

Waris mayat lelaki tersangkut timbunan sampah dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat lelaki yang ditemui tersangkut di timbunan sampah di dalam longkang besar Mukim Batu, Batu 7, Jalan Rawang, semalam.

GOMBAK – Polis sedang mengesan waris bagi mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemui tersangkut pada timbunan sampah di dalam longkang besar Mukim Batu, Batu 7, Jalan Rawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut kira- kira pukul 1.57 tengah hari.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati si mati merupakan seorang lelaki lingkungan usia 25 tahun ke atas berdasarkan pemeriksaan gigi mayat.

“Mayat disyaki warga tempatan berdasarkan kesan vaksin BCG (Bacillus Calmette Gurrain). Mayat juga berpakaian lengkap memakai baju lengan panjang warna putih dan seluar jeans warna hitam.

“Walau bagaimanapun, identiti belum dapat dikenal pasti identiti kerana sebarang dokumen pengenalan diri tidak dijumpai. Kes diklasifikasi sebagai Mati Mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga bersangkut, boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Shanonrizal Shamsudin di talian 012-6900127 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya.

Semalam, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 3.15 petang.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati mayat seorang lelaki identiti tidak dikenal pasti di dalam longkang besar.

“Anggota bertindak membawa naik mangsa dengan menggunakan strecher sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI