fbpx

Tradisi bola sepak Eropah bakal musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA antara pemain bintang baharu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi. - AFP

LONDON – Bekas pemain antarabangsa England yang kini menjadi penganalisis sukan, Jamie Carragher menempelak tindakan bintang profesional Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membuat keputusan drastik untuk berhijrah ke Arab Saudi.

Sebagai rekod, sejak bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo berkelana ke Liga Arab Saudi dengan menyertai pasukan Al-Nassr pada Januari lepas, ramai pemain bertaraf bintang mula ikut jejak langkahnya pada jendela perpindahan bulan ini.

Antara nama besar yang mencuri perhatian adalah bekas penyerang sensasi Real Madrid, Karim Benzema yang berhijrah secara percuma ke Al-Ittihad selepas menerima kontrak jangka panjang.

Selepas itu, beberapa pemain EPL lain turut bersetuju untuk berkelana ke negara Asia Barat itu dengan N’Golo Kante menyertai Al-Ittihad manakala kapten Wolverhampton, Ruben Neves bakal menyarung jersi Al-Hilal.

Terkini, tonggak perancangan Manchester City, Bernardo Silva turut dilaporkan sedang mempertimbang keputusan untuk ‘angkat kaki’ ke Liga Arab Saudi pada musim depan.

Menurut Carragher, apa yang sedang berlaku ketika ini terlalu sukar untuk diterima akal terutama apabila mendengar berita mengenai keinginan Silva yang mahu berhijrah sedangkan kariernya berada di puncak.

“Saya tidak faham kenapa Silva dikaitkan ke Arab Saudi memandangkan dia kini berada di puncak karier dan menjadi salah seorang pemain terbaik Eropah sejak lima tahun lalu.

“Saya tidak kisah jika ada pemain di penghujung karier pada usia 30-an untuk ke Arab Saudi tetapi jika mereka masih muda seperti Neves, ia adalah sesuatu yang tidak relevan dan tidak masuk akal.

“Cukuplah mereka sudah membuat pelaburan dengan sukan golf dan tinju, jangan pula ganggu tradisi bola sepak Eropah dengan mengambil ramai pemain elit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI