PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan tarikh akhir bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) Cukai Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan secara manual pada 30 Jun, manakala e-Filling pada 15 Julai.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfail- borang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf
“Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.
“Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (sekiranya ada),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE