fbpx

Tang Jie-Ee Wei selangkah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei cemerlang menewaskan Po Hsuan-Ling Fang untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Taiwan. - BADMINTON PHOTO/BAM

PETALING JAYA – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin hampir untuk mendakap gelaran antarabangsa ketiga mereka tahun ini selepas melangkah ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023.

Pasangan di ranking ke-19 dunia itu tiada masalah menewaskan beregu tuan rumah, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-15, 21-14 dalam tempoh 31 minit pada aksi suku akhir di Arena Tian-mu hari ini.

Pilihan keempat kejohanan itu akan berentap dengan satu lagi beregu tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin di separuh akhir esok selepas lawan tersebut menewaskan wakil negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing 21-18, 21-14 sebentar tadi.

Jika menang, Tang Jie-Ee Wei akan ke final menentang pemenang antara dua beregu Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min atau Tseng Min Ho-Hsieh Pei Shan yang akan bertemu sesama sendiri di separuh akhir esok.

Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei berjaya menjuarai Cabaran Antarabangsa Iran awal tahun ini dan Super 300 Orlean Masters di Perancis pada April lalu.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Yeoh Seng Zoe gagal meneruskan magisnya apabila terkandas di suku akhir selepas tewas straight-set 21-5, 21-17 kepada Su Li Yang dari Taiwan.

Nama pemain negara di ranking ke-139 dunia itu menjadi bualan para peminat badminton tanah air selepas mencipta kejutan menyingkirkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Asia, Kanta Tsuneyama dari Jepun di pusingan kedua semalam . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI