fbpx

Takdir jadi kudung bila dapat giliran ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Yunos menunjukkan kakinya yang terpaksa dipotong akibat kemalangan pada Jun tahun lalu ketika ditemui di Hotel Zwar Al-Bayt, Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Seorang lelaki berjiwa besar apabila memaafkan pemandu kereta yang merempuhnya hingga menyebabkan kakinya kudung sekali gus merentap kebahagiaan hidup yang dinikmatinya selama ini.

Lebih menyedihkan apabila pemandu itu langsung tidak menjenguk dan meminta maaf kepada Md. Yunos A. Rahman, 71, di atas apa yang berlaku walaupun kesalahan itu berpunca daripadanya yang memandu secara melulu.

Menceritakan detik hitam itu, bekas pekerja sebuah syarikat bas di Gelang Patah, Johor itu berkata, kejadian pada 29 Jun 2022 itu berlaku sekitar pukul 9 pagi ketika itu hendak ke rumah anaknya di Taman Nusa Perintis 4, Kampung Melayu, Gelang Patah dengan menunggang motosikal.

Katanya, ketika hendak tiba di rumah anaknya tiba-tiba dia dirempuh dari belakang oleh pemandu tersebut hingga menyebabkannya pengsan.

“Sebaik sedar di hospital, saya dapati kaki kanan saya telah dipotong sepenuhnya. Saya tidak menangis kerana menganggap ia sudah suratan takdir.

“Sepatutnya saya pergi haji tahun 2020 tetapi Allah telah menjemput saya pada tahun ini tanpa kaki. Di sini saya menangis semahu-mahunya bukan kerana sesal tetapi memikirkan ‘hadiah’ yang diberikan Tuhan yang penuh dengan hikmah,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Md. Yunos, tidak berapa lama kemudian, kaki kirinya pula ‘merajuk’ kerana tidak mahu langsung berjalan sekali gus mengakibatkan dia memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak.

Mengimbau kembali kejadian itu, Md. Yunos berkata, keluarganya mengambil masa selama setahun untuk menerima keadaan dirinya yang kurang upaya kerana perlu menjaganya ekoran pergerakannya terbatas.

Tambah datuk kepada 13 cucu itu, dia sentiasa tenang dalam apa juga keadaan kerana tidak mahu masalah yang ada bertambah kusut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI