fbpx

Suami maut nahas, isteri terkilan tak sempat sediakan bekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zubaidah (tiga dari kanan) kelihatan sayu ketika menuntut jenazah suaminya di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang isteri meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat menyediakan bekal makanan buat suaminya selepas lelaki itu maut dalam kemala­ngan di Kilometer 29, Jalan Lok Heng-Mawai di sini kelmarin.

Siti Zubaidah Amit, 37, berkata, arwah suaminya, Mohd. Azizi Muhamad, 41, yang merupakan penyelia kilang sempat me­mintanya memasakkan ikan bilis dan kentang lauk kicap pada petang sebelum terlibat kemala­ngan.

“Setiap hari suami saya berulang-alik menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Ulu Tiram. Sepatutnya pada pukul 9 malam dia sudah sampai di rumah, namun malam tadi (kelmarin) diabelum tiba walaupun sudah lebih 9 malam.

“Tidak lama kemudian saya dapat panggilan daripada adik ipar beritahu suami sudah ‘tiada’. Saya cuba menghubungi te­lefon bimbit suami, namun diangkat individu lain yang meminta ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan suami yang sudah meninggal dunia.

“Saya berasa agak terkilan ke­rana petang itu (sebelum kejadian) dia minta lauk ikan bilis bawang kentang goreng kicap untuk dibawa ke tempat kerja pagi ini (semalam), namun tidak ke­sampaian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi di sini semalam.

Gambar kenangan arwah Mohd. Azizi (dua dari kiri) bersama isteri dan anak-anak.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Bukit Waha.

Ibu dua anak itu membe­ritahu, sebelum ini, dia bersama suami dan anak-anak menetap di Pasir Gudang sebelum berpindah ke Felda tersebut sejak setahun lalu kerana menjaga ibu bapanya yang tidak sihat.

Ceritanya, arwah suaminya kurang bercakap terutama de­ngannya sejak akhir-akhir ini.

Tambah Siti Zubaidah, fizikal suaminya sempurna selepas terlibat dalam kemalangan tersebut, bukannya seperti maklumat yang tular sebelum ini.

“Saya tidak membaca (tular) di Facebook, tetapi saya tahu mereka bercakap tentang kea­daan leher (putus), tetapi tidak ada (tidak benar). Alhamdulillah jasadnya sempurna,” katanya yang memaklumkan jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sening.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI