fbpx

Sekali lafaz Shuib, Watie sah suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENGAN sekali kali lafaz, Shuib dan Watie selamat bergelar suami isteri hari ini.

SUBANG JAYA – Dengan sekali lafaz pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selamat diijabkabul dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada majlis pernikahan yang berlangsung Putra Glass House, Putra Heights, di sini hari ini.

Tepat pukul 8.48 malam, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 38, itu sah bergelar suami kepada Watie, sekali gus menamatkan zaman dudanya selepas hampir dua tahun solo.

Pengantin dinikahkan sendiri abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Air mata Watie menitis sebaik lafaz sah disebut.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,2,88 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Usai diijabkabul, Shuib terlebih dulu menunaikan solat sunat sebelum menyempurnakan acara batal air sembahyang.

Majlis turut menyaksikan Shuib romantis membawa jambangan bunga khas buat permaisuri hati berlatarkan lagu Ayu dendangan Lah Ahmad.

Majlis pernikahan yang menyaksikan mempelai sama cantik, sama padan itu mengenakan persalinan sedondon rona putih itu diserikan kehadiran 600 tetamu yang rata-rata mengikut
tema merah jambu belacan.

Acara bersejarah buat pasangan yang mengambil keputusan mengikat pertunangan pada 6 Mei lalu selepas lima bulan mengenali hati budi turut mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta.

Tajaan berkenaan membabitkan dua lagi acara iaitu majlis khatam Al Quran serta berinai.

Shuib yang ditemui usai pernikahan menzahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahan yang dirancang sejak beberapa bulan lalu, berlangsung sempurna.

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis malam ini seperti dirancang dengan dihadiri keluarga serta insan yang dekat dengan kami.

“Doakan semoga ikatan suci kami ini terus diberkati dan mewangi hingga ke akhir hayat,” katanya usai diijabkabul.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail l; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Turut hadir pakar motivasi, Datuk Fadhilah Kamsah; pendakwah, Ustaz Don, Asyrad Ridzuan.

Sementara antara rakan selebriti yang hadir ialah Fad Bocey, Nabil Ahmad, Sharifah Shahirah, Dafi, Fashs Sandha, Mk, Zara Zya dan ramai lagi.

Terdahulu, Shuib yang juga ahli perniagaan mula mengenali Watie menerusi Instagram yang membawa kepada ikatan suci ini.

Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI