fbpx

Sandro Tonali bakal perkuat Newcastle United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONALI semakin hampir untuk menyertai Newcastle selepas rundingan bersama Milan menunjukkan perkembangan positif. - AFP

LONDON – Newcastle United semakin hampir untuk mencapai kata sepakat bersama AC Milan berhubung perpindahan pemain tengah mereka, Sandro Tonali yang dianggar menelan belanja sehingga €70 juta (RM354.99 juta).

Rundingan tersebut dikhabarkan sudah berada pada fasa terakhir dan pemain berkenaan akan tiba di St. James Park untuk menambahkan lagi kekuatan bahagian tengah skuad kendalian Eddie Howe tersebut.

Tonali yang turut menarik minat Chelsea menjadi sasaran Howe sebaik jendela perpindahan dibuka ketika beliau sedang memburu dua pemain tengah ketika pasukan tersebut bakal bersaingan dalam Liga Juara-Juara musim depan.

The Magpies ketika ini masih memburu beberapa lagi pemain terutama di bahagian serangan dan pemain pertahanan tengah, namun kehadiran Tonali bagi mengukuhkan lagi kekuatan di bahagian benteng ketika pemain itu bertindak sebagai pemain tengah bertahan.

Tonali sebelum ini telah membantu Milan menamatkan penantian memenangi gelaran Scudetto musim lalu dan prestasinya dilihat begitu memuncak sejak beraksi di bawah kendalian Stefano Pioli.

Pemain berusia 23 tahun berkenaan memulakan karier bersama Brescia sebelum menyertai Milan secara pinjaman pada 2020 dan diberikan kontrak tetap pada tahun berikutnya.

Musim lalu menyaksikan dia membuat 48 penampilan dalam semua kejohanan bersama Milan dan membantu pasukan itu menamatkan musim di kedudukan keempat Serie A serta mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2007. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI