fbpx

Ronnie Liu berundur dari DAP selepas 41 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mengumumkan untuk meninggalkan parti itu berkuatkuasa esok selepas 41 tahun berkhidmat.

Perkara itu dikongsi di laman Facebooknya hari ini selepas memuat naik sepucuk surat perletakkan jawatannya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook walaupun jawatan dipegangnya tamat pada 2025.

Menurut beliau, keputusan tersebut diambil selepas melihat banyak perkara berlaku di luar jangkaan, namun tidak menjelaskan secara terperinci alasan berkenaan.

“Saya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP pada tahun 1982.

“Namun 41 tahun berlalu dan bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya. Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP berkuat kuasa mulai 24 Jun 2023 (esok),”tulisnya.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu turut mengucapkan jutaan terima kasih atas segala peluang dan keyakinan diberikan kepadanya.

“Segala peristiwa manis pahit, pengalaman suka duka dan pengetahuan yang dihulur oleh parti kepada saya selama 41 tahun saya berkhidmat dan berjuang bersama DAP Malaysia.

“Semoga DAP terus maju dan sentiasa
memegang prinsip sosialisma demokratik dan konsep perjuangan ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI