fbpx

Penghantar barang selamat wanita lemas dermakan wang sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qinglin dipuji orang ramai kerana menyumbangkan wang yang diterimanya. - SCMP/Baidu

BEIJING – Seorang penghantar barang yang menyelamatkan seorang wanita lemas di China dipuji orang ramai kerana mendermakan wang sumbangan yang diberikan kepadanya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Pada 13 Jun lalu, Peng Qinglin terjun dari sebuah jambatan pada ketinggian 12 meter untuk menyelamatkan seorang wanita yang lemas di Sungai Qiantang.

Dalam sebuah klip video tular, Qingling yang mengalami retak tulang akibat kejadian itu, terbaring di atas katil hospital dikelilingi sijil anugerah dan pingat yang diterima. 

Pihak berkuasa tempatan di Hangzhou menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah 30,000 yuan (RM19,535), manakala syarikat penghantaran makanan memberi 50,000 yuan (RM32,559) bersama-sama peluang untuk belajar di universiti secara percuma.

Tindakannya turut dipuji penduduk di kampung halamannya dekat bandar Zhangjiajie, wilayah Hunan, di mana kerajaan tempatan memberikan 100,000 yuan (RM65,119).

Qingling bagaimanapun memutuskan untuk menerima hanya sebahagian wang itu dan menderma selebihnya.

“Saya ingin menderma semua wang daripada syarikat tempatan kepada sekolah-sekolah di kampung halaman saya supaya anak-anak dapat belajar dengan baik dan menyebarkan semangat membantu orang lain daripada  usia muda,” katanya.

Qinglin masih menjalani rawatan dan doktor menjangkakan dia akan memerlukan tambahan tujuh hingga 10 hari lagi di hospital. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI