fbpx

Pencarian Ibu Nakhoda Hidup 2023 bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemenang program Ibu Nahkoda Hidup tahun sebelumnya turut hadir memeriahkan acara.

MEMASUKI tahun keenam, program popular yang dinanti-nantikan ramai, Ibu Nakhoda Hidup 2023 kini kembali.

Inisiatif tersebut bertujuan memperkasa golongan usahawan dalam kalangan ibu yang bercita-cita tinggi, juga dikenali sebagai ‘mompreneurs’ di seluruh Malaysia untuk memberi mereka peluang kejayaan dalam perniagaan.

Ia merupakan inisiatif anjuran gabungan Procter & Gamble (P&G Malaysia), Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) serta Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (Women: girls).

Menurut Pengurus Negara, P&G Malaysia dan Singapura, Nantha Kumaran Kalimuthu, mereka komited untuk memperkasa wanita dan memacu perubahan positif dalam komuniti.

“Program Ibu Nakhoda Hidup 2023 jelas mencerminkan dedikasi kolektif kami untuk memperkasa wanita, memupuk pertumbuhan ekonomi dan membina masyarakat lebih inklusif.

“Melalui program ini, kami menawarkan tidak hanya peluang untuk membiayai bakal usahawan ibu tetapi juga menyediakan mereka dengan latihan peningkatan kemahiran yang relevan bagi melengkapkan golongan tersebut dengan alat yang diperlukan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

“Kami harap dapat menyediakan asas yang kukuh untuk mereka mencapai kejayaan yang baharu,” ujarnya pada majlis pelancaran di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya, program tersebut merangkumi dua objektif penting iaitu menyediakan peluang pembiayaan dan menyampaikan latihan peningkatan kemahiran yang relevan kepada bakal usahawan ibu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) juga memberi sokongan dan penyertaan aktif dalam program ini.

DR. WAN NUR (tiga dari kanan), Izza (tiga dari kiri) pada pelancaran Ibu Nakhoda Hidup 2023 di Subang Jaya baru-baru ini.

Inisiatif ini turut dibiayai Dana Hulurkan Harapan yang dijana melalui pembelian produk P&G di Mydin.

Sehubungan itu, bagi setiap RM10 yang dibeli untuk mana-mana produk P&G di Pasar Raya Besar Mydin dan pada jerayawara hingga 30 Jun 2023, 5 sen akan didermakan kepada dana tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze dan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM, Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Women: girls, Izza Izelan berkata, pandemik Covid-19 yang membadai negara jelas memberi kesan tersendiri kepada usahawan ibu.

“Pandemik ini jelas memberi impak kepada ramai wanita dan ibu yang mencari nafkah untuk keluarga mereka dan kami gembira kerana dapat membawa program ini kembali untuk tahun keenam.

“Kami ingin mendengar kisah daripada ibu-ibu ini. Justeru, pasukan kami akan turun padang untuk bertemu dan bercakap sendiri dengan para ibu secara langsung bagi memahami perjuangan mereka sekali gus membantu mengembangkan perniagaan mereka,” ujarnya.

Pencarian Ibu Nakhoda Hidup 2023 kini dibuka dan anda hanya perlu hadir dengan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) anda di jerayawara untuk bercakap dengan pasukan Women: girls di lapangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh lawatan dan lokasi Ibu Nakhoda Hidup 2023, ikuti Facebook dan Instagram @ibunakhodahidup dan @MydinMalaysia atau layari laman sesawang www.womengirls.org.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI