fbpx

Manchester United uji kesungguhan Harry Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE bersedia untuk meninggalkan Spurs, namun kelab itu kekal dengan pendirian pada tanda harga yang telah diletakkan. - AFP

LONDON – Manchester United menggesa bintang buruannya, Harry Kane mengemukakan permohonan untuk berpindah kepada kelabnya, Tottenham Hotspur dalam usaha membawa pemain berkenaan ke Old Trafford.

Menurut laporan, United mahu Kane menunjukkan kesungguhan dan keinginannya untuk meninggalkan Spurs biarpun kelab tersebut menyatakan keinginan untuk terus mengekalkan penggempurnya itu.

United mula bosan dan kecewa dalam pemburuan untuk mendapatkan kapten England tersebut apabila mereka bersedia membayar pada harga £80 juta (RM474.30 juta), namun Spurs enggan berganjak dengan tanda harga £100 juta (RM592.88 juta).

Pengerusi Spurs, Daniel Levy tidak bersedia menjual pemainnya itu pada harga yang murah untuk pasukan pesaing, tetapi Kane yang mempunyai baki kontrak selama setahun ingin perpindahan tersebut menjadi kenyataan kali ini.

The Red Devils sangat menginginkan khidmat Kane untuk memantapkan pasukan itu musim depan, namun mereka tidak mahu situasi berkenaan berlanjutan, malah sudah menamakan beberapa lagi penyerang lain sebagai pilihan.

Penggempur Atalanta, Rasmus Hojlund menjadi antara nama dalam radar United ketika ini, namun mereka perlu membayar sehingga £86 juta (RM509.88 juta) ketika pemain itu turut diintai oleh Chelsea.

Selain itu, nama pemain Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani juga sedang diteliti oleh United biarpun mereka perlu berdepan Bayern Munich yang turut menyatakan minat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI