fbpx

Haram sewakan rumah sewa kepada orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Haram hukumnya jika menyewakan rumah yang disewa kepada orang lain jika tidak diberitahu kepada pemiliknya terlebih dahulu.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, mengikut pandangan ulama, jika tuan rumah atau tuan tanah telah meletakkan syarat tidak boleh disewakan kepada orang lain, maka berdosa perbuatan tersebut.

“Contohnya macam ni, Abu sewa rumah Ali tetapi Ali tidak duduk, tetapi dia sewakan pula kepada Dolah, maka hukumnya haram.

“Lebih lagi jika tuan rumah atau tuan tanah sudah meletakkan syarat jangan disewa kepada orang lain tetapi tetap dibuat juga, maka boleh berdosa,” jelasnya dalam satu siri video ceramahnya baru-baru ini.

Tambahnya, tidak kira tanah, rumah atau kedai sewa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan kecuali tuan rumah itu benarkan.

“Jadi mintalah keizinan terlebih dahulu, jika tidak dibenarkan juga maka jangan disewa kepada orang lain,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI