fbpx

Fitnah polis, pemilik TikTok dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan fitnah dimuat naik seorang pengguna TikTok.

SHAH ALAM – Seorang pemilik TikTok kini dikesan selepas mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu menyatakan polis Shah Alam di bawah kawalan penarik kereta susulan telah menerima rasuah daripada mereka.

Turut tular bersama kenyataan itu adalah sebuah klip video di aplikasi TikTok memaparkan sebuah kenderaan yang ditarik di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, hasil siasatan awal mendapati wakil daripada bank telah membuat satu laporan polis mengenai tindakan menarik kenderaan tersebut.

Katanya, ini berikutan kenderaan tersebut telah tertunggak bayaran ansuran selama lima bulan.

“Pemilik akaun laman TikTok tersebut telah menggunakan kata-kata yang berunsur fitnah terhadap pihak polis dengan tujuan untuk menjejaskan imej dan reputasi pasukan PDRM.

“Justeru, sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid Rusazman Sharan di talian 019-222 3361,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay menegaskan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI