fbpx

Exco Selangor tidak dibenarkan guna kenderaan rasmi untuk program politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Menteri Besar bersama Penjawat Awam Selangor, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerajaan Selangor tidak dibenarkan
menggunakan kenderaan rasmi kerajaan bagi menghadiri apa-apa program politik sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tersebut kerana mahu semua Exco serta dirinya sendiri menjaga imej parti masing-masing di khalayak ramai.

“Semua Exco akan menyerahkan kenderaan rasmi masing-masing sehari sebelum hari penamaan calon susulan harus menghadiri mesyuarat bawah portfolio mereka sehingga tarikh tersebut. (penamaan calon)

“Jadi, Exco hanya dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi untuk urusan kerja portfolio mereka sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Menteri Besar bersama penjawat awam Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini.

Ketika mengulas mengenai isu pemimpin baharu PAS yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja, Amirudin menemplak tindakan yang dibuat pemimpin terbabit dengan parti berkenaan dilihat gemar menggunakan isu berkenaan sebagai bahan kempen mereka setiap kali pilihan raya.

“Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) pada hari keputeraannya baru-baru ini pun menitahkan (ahli politik) supaya menjaga keharmonian dan tidak membangkitkan sesuatu isu sensitif demi kepentingan politik sempit.

“Jangan memperterjemah sesebuah isu demi selera politik mereka. Kalau nak cipta isu, jangan buat isu yang menyentuh sesitiviti keagamaan,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI