fbpx

Bukan mudah jadi cikgu rupanya – Dr. Malar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Dr. Malar di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Pempengaruh, Dr. Malar mengakui bukan mudah untuk menjadi pendidik selepas mengharungi ceramah selama hampir 40 minit di sebuah sekolah semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, pegawai perubatan itu memaklumkan, ramai pengikut menyatakan beliau sesuai bergelar seorang cikgu kerana kebolehanannya bercakap selain mudah difahami.

“Bukan mudah menjadi cikgu rupanya. Acapkali apabila netizen menonton video saya, mesti ada yang mengatakan saya sesuai menjadi cikgu sebab saya berkebolehan menerangkan sesuatu isu yang kompleks dengan mudah.

“Ada yang mengatakan bahawa saya sesuai menjadi pengajar kerana kefasihan bahasa (Melayu) dan sebagainya. Tapi yang selalu saya jawab tak sesuai jadi cikgu sebab saya tidak ada kesabaran.

“Dengan anak dua pun saya asyik nak jadi ‘hijau’, kalau 40 orang budak dalam kelas, rasanya saya akan jadi ‘Hulk’,” tulisnya.

Dr. Malar mengakui dirinya tidak sesuai menjadi guru disebabkan tiada stamina dan tidak mudah untuk mengendalikan pelajar selepas pengalaman berceramah di sebuah sekolah selama hampir 40 minit.

“Baru 15 minit bercakap saya dah rasa macam menjerit. Bukan mudah rupanya nak ‘control’ (kawal) pelajar sekolah yang ‘excited’, seronok dan semua nak ‘participate’ (turut serta).

“Setelah 30 minit menyampaikan ceramah, dah rasa macam perit tekak. Saya kuatkan juga semangat, sambung ceramah. Berjalan ke depan dan ke belakang, ke depan ke belakang hingga minit ke-40 memang dah pancit. Dah tak larat nak bercakap kuat.

“Maka saya akhiri ceramah saya dengan berkata, baru sehari bersama kamu, Dr. Malar sudah tak larat. Tak tahulah macam mana cikgu larat menjalankan tugas selama berdekad lamanya.

“Ingat adik-adik sekalian, sejauh mana pun anda pergi, jangan sesekali melupakan guru-guru ini. Jom kita ucapkan terima kasih kepada guru-guru kalian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI