fbpx

Bosan ditolak wanita, lelaki potong kaki supaya lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singers berjaya menambah ketinggian selepas prosedur tersebut. - Jam Press/mrbrokenbonez

WASHINGTON  – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menjalani pembedahan memanjang kakinya untuk menjadi lebih tinggi kerana bosan sering ditolak ramai wanita, lapor akhbar New York Post semalam.

Dunzell Singers, 27, kini berketinggian 182 sentimeter selepas menjalani pembedahan memanjangkan kaki yang menelan kos AS$81,000 (RM378,756). 

“Sepanjang hidup, saya bergelut melihat diri saya sebagai seorang pendek dan tidak kira apa yang saya lakukan, saya akan merasai perkara yang sama.

“Pemanjangan anggota badan (kaki) memberi saya peluang untuk mengubah hidup dan menghargai kehidupan,” kata Singers.

Bermula hujung tahun lalu, Singers menjalani satu daripada enam pembedahan yang melibatkan tulang kakinya dipotong, memasukan rod dan memasang alat di luar kaki yang apabila dipusing akan memanjangkan tulang selama 90 hari.

“Selepas 90 hari, apabila anda mencapai ketinggian yang diinginkan, alat di luar kaki akan ditanggalkan dan rod dalam dibiarkan di tempatnya,” jelas Singers.

Tambahnya, apabila tulang baru tumbuh, rod itu akan dikeluarkan tetapi proses itu dijangka mengambil masa hampir setahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI