fbpx

Batu-batu kecil dimasak jadi hidangan popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidangan batu-batu kerikil kecil dimasak dan ditumis sebelum dijual menjadi popular di media sosial China pada minggu lalu. - Foto Wei Bo Yi Fang/Xiaohongshu

BEIJING, China – Digelar sebagai ‘makanan paling keras di dunia’, tumis tradisional yang menjadikan batu-batu kecil sebagai bahan utamanya mencetuskan rasa ingin tahu di media sosial China, lapor portal berita CNN semalam.

Batu-batu kecil itu perlu dihisap tetapi tidak akan ditelan dan ia diludah kembali oleh si pemakannya. Hidangan unik itu dikenali sebagai suodiu yang bermaksud ‘menghisap dan buang’. Hidangan itu berasal dari wilayah Hubei.

Video pengguna internet tentang suodiu tersebar di seluruh platform media sosial di China sepanjang minggu lalu. Ia memaparkan pelanggan dihidangkan batu-batu kecil berperisa di dalam kotak sebesar tapak tangan dengan setiap hidangan berharga sekitar 16 yuan (RM10.42).

Dalam klip video tersebut, penjual menuangkan minyak cili ke atas batu-batu kerikil di atas gril gaya teppanyaki lalu menaburkan sos bawang putih. Makanan itu kemudian ditumis dengan campuran bawang putih dan potongan lada.

“Adakah saya perlu mengembalikan batu-batu kerikil ini kepada anda selepas saya selesai?” tanya seorang pelanggan seperti yang dipaparkan dalam klip video tersebut.

“Bawanya pulang sebagai cenderamata,” kata cef masakan hidangan itu.

Suodiu dipercayai wujud sejak ratusan tahun lalu. Masakan itu diwarisi turun-temurun daripada beberapa orang yang menaiki bot pada zaman dahulu. Menurut cerita rakyat, bot itu terkandas di tengah sungai dan makanan pula kehabisan.

Bagi mencari kebahagiaan dan mengalas perut, mereka mencari batu-batu untuk dimasak dengan perisa yang ada, kata laporan media tempatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI